CARTA ORGANISASI BIRO KHAIRAT KEMATIAN 2020 /2022
PENGERUSI
(TUAN HJ. LATIF SEENI)
KETUA BIRO
(MOHD PUZI IBRAHIM)
SETIAUSAHA
BENDAHARI
TEAM PERLAKSANAAN
TEAM PENYEDIAAN
(TUAN HJ. LATIF SEENI)
KETUA BIRO
(MOHD PUZI IBRAHIM)
SETIAUSAHA
BENDAHARI
TEAM PERLAKSANAAN
TEAM PENYEDIAAN
TUGASAN TEAM PERLAKSANAAN
1. Menziarahi waris kematian untuk mendapatkan perancangannya.
2. Menguruskan van jenazah
3. Menguruskan keperluan mandian / kapan
4. Menguruskan Imam solat / Talkin
5. Menguruskan perkuburan
TUGASAN TEAM PENYEDIAAN
1. Menentukan semua peralatan bilik jenazah dan kelengkapan dalam bilik jenazah dalam keadaan
baik dan mencukupi
2. Menziarahi waris kematian
3. Membuat persiapan bilik jenazah
4. Mengemas bilik jenazah setelah digunakan
CARTA ALIRAN KES KEMATIAN
1) Mula
Hubungi AJK Badan Khairat Kematian
2) Maklumkan kepada
1. (01 )
2. (01 )
3. (01 )
3) Untuk uruskan memandikan jenazah, hubungi:
3) Untuk uruskan memandikan jenazah, hubungi:
1. (01 )
2. (01 )
3. (01 )
4.Hubungi Van Jenazah
1. (01 )
2. (01 )
3. (01 )
5) AJK BKK sediakan peralatan mandi dan set kelengkapan jenazah
6) Maklumkan kepada penduduk untuk solat jenazah berjemaah
7) Tamat
TABUNG KHAIRAT KEMATIAN
5) AJK BKK sediakan peralatan mandi dan set kelengkapan jenazah
7) Tamat
1.0 TUJUAN PENUBUHAN
A. Matlamat asas adalah untuk membantu meringankan beban ahli/waris simati.
B. Menyatukan ahli qariah Surau Mukhlisin, Taman Pelangi Semenyih 2 dan memupuk semangat
bekerjasama ketika ditimpa kesusahan dan kesedihan.
2.0 SYARAT KEAHLIAN
A. Terbuka kepada semua orang Islam yang tinggal di Taman Pelangi Semenyih 2.
B. Satu keahlian boleh mewakili individu atau satu keluarga yang mana ahli dan tanggungannya
didaftarkan dalam Borang Pendaftaran Keahlian Tabung Khairat Kematian
C. Keahlian berkuatkuasa apabila Borang Pendaftaran Keahlian Tabung Khairat Kematian
diserahkan kepada Setiausaha, Biro Khairat Kematian, Surau Mukhlisin berserta dengan yuran
pendaftaran dan yuran tahunan untuk tahun berkenaan.
diserahkan kepada Setiausaha, Biro Khairat Kematian, Surau Mukhlisin berserta dengan yuran
pendaftaran dan yuran tahunan untuk tahun berkenaan.
D. Pendaftaran yang dibuat pada ketika/hari berlakunya satu-satu kematian tidak layak menerima
sumbangan kewangan untuk kematian tersebut. Walau bagaimanapun pendaftaran keahlian
boleh diterima.
E. Ahli yang berpindah masih boleh kekal menjadi ahli Tabung Khairat Kematian Surau Mukhlisin
dengan syarat yuran tahunan telah dijelaskan dan alamat baru hendaklah diberitahu untuk mudah
dihubungi.
F. Anak yang berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) yang sudah bekerja atau masih belum bekerja,
dikira dan disenaraikan bersama menjadi sebahagian kealian ibubapa Ahli Kariah.
G. Anak kariah yang berumur 21 tahun ke atas dan masih belum bekerja, juga disenaraikan bersama
menjadi sebahagian keahlian ibubapa Ahli Kariah.
H. Anak yang telah berumur 21 tahun ke atas dan telah bekerja, hendaklah memohon dan menjadi
ahli secara berasingan.
I. Sekiranya timbul apa-apa masalah berhubung dengan tafsiran atau peraturan Tabung ini,
keputusan AJK Tabung Khairat Kematian adalah muktamad.
3.0 YURAN
A. Yuran pendaftaran adalah RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh sahaja), dibayar sekali sahaja
ketika penghantaran Borang Pendaftaran Keahlian Tabung Khairat Kematian.
B. Yuran tahunan adalah RM60.00 (Ringgit Malaysia Enam Puluh sahaja) setahun
C. Yuran tahunan perlu dijelaskan sebelum 31 Mac untuk tahun yang berkenaan. Ahli yang gagal
membayar yuran tahunan selepas 31 Mac bagi tahun berkenaan akan digantung keahliannya.
Sekiranya ahli tersebut masih juga gagal membayar yuran tahunan sebelum 30 Jun bagi tahun
berkenaan, setelah diberi surat/notis peringatan maka keahliannya akan terbatal.
D. Ahli yang digantung atau terbatal keahliannya tidak layak menerima sumbangan kewangan.
E. Segala yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan sekiranya ahli menarik diri atau
dibatalkan keahliannya.
F. Jika terdapat kematian, sebarang sumbangan dari Ahli Kariah Kematian, akan dimasukkan ke
dalam Tabung Kariat Kematian.
4.0 SUMBANGAN KEPADA WARIS SIMATI APABILA BERLAKU KEMATIAN
· * Sumbangan kewangan jika berlaku kematian adalah sebanyak RM1,000.00 (Ringgit Malaysia: Seribu sahaja).
· * Anggaran kos pengurusan jenazah dimana jenazah itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kg. Rinching Hulu adalah seperti berikut:
· * Pengurusan jenazah : RM250.00
· * Pengangkutan : RM150.00
No comments:
Post a Comment